Assalamualaikum..:)
Sedar xsedar kite da nk masuk nisfu syaaban,maknanya lagi 15 hari syaaban akan pergi dan alhamdulillah Ramadhan Al-Mubarak akan datang..ehemm.."hutang" pn xabes bayar ag ne..hehe..jadi bg ak elok la dibayar "hutang" ne sebelum Ramadhan datang. Sekaligus bley puasa sunat pada bulan ne...
Ok, dapat kita paham bulan syaaban ne bley dikatekan sebagai latihan persediaan rohani kite untuk mnghadapi bulan selepasnya, Ramadhan..:)
Insya-Allah.........
Dalam mendapatkan keberkatan pada malam ini amat digalakkan untuk solat sunat dua rakaat pada malam nisfu syaaban iaitu pada 15 syaaban selepas solat fardhu maghrib dan solat sunat ba'diyah. Selepas nya akan diikuti dengan bacaan Yassin dan memohon untuk dilanjutkan usia, semoga bertambah rezeki dan diberi kekuatan untuk beribadah serta ketetapan iman kita.
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah R.A., beliau telah berkata yang maksudnya:
"Adalah Rasulullah S.A.W.. sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari hadis itu kita dapat lah faham betapa bnyaknya kelebihan pada bulan syaaban ini untuk beribadat jika dibandingkan dengan bulan lain selain Ramadhan.
Sabda Nabi s.a.w. :-
‘Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.’
Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.
Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari
daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.’
Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :-
‘Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
‘Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :-
1) Orang yang kekal minum arak.
2) Orang yang derhaka dua ibubapanya.
3) Orang yang kekal dalam zina.
4) Orang yang banyak berkelahi.
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
6) Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
2) Orang yang derhaka dua ibubapanya.
3) Orang yang kekal dalam zina.
4) Orang yang banyak berkelahi.
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
6) Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
No comments:
Post a Comment