Masa kejadian: 2, 3 hari sebelum puasa
Tempat kejadian: Emm..mane2 jelah..(cite aku kan)
A : Weyh, 2, 3 hari nanti da nk puasa la..
B : Aah la kan...lagi 2, 3 hari da nak puasa la..
A : Ishh...xsabar lak aku nak beli baju raya tahun nie....aku ingatkan nak beli..bla..bla..bla....
( semua yang baru2 la, abes nk dibelinya)
B : La,ko ne....teruk betol....puasa entah penuh ke tak sibok nak beli itu ini.Astaghfirullah....
Pesanan : (kawan die si B ne pun 2x5 je, puasa pun xbrape nk cukup.. HaHaHa..)
Assalamualaikum...
Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita berjaya mengecapi antara bulan istimewa, Ramadhan Al- Mubarak..
Setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari berbeza bulan ini berbanding dengan bulan- bulan lain.. bnyak kelebihan yang dikurniakan pada bulan yang penuh barakah ini.. bersama- sama la kite mengejarnya kerana ia datang hanya sebulan dalam setahun..:)
Oleh itu marilah kita sama- sama manfaatkan sepenuhnya bulan yang mulia ini..
Antara Kelebihan bulan Ramadhan :
- Kehadiran malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan kehadirannya, sehinnga dijanjikan Allah kita akan mendapat pahala dan darjat yang tertinggi..:)
- Pintu Syurga Bab Al-Jannan akan dibuka dan pintu Neraka Bab Al- Jahim akan ditutup bagi orang yang berpuasa dari umat Nabi Muhammad S.A.W
- Syaitan akan dibelnggu dan dilemparkan ke laut
- Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibu bapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
- Sabda Rasulullah S.A.W diberi lima perkara kepada umatku yang belum pernah diberikan kepada umat- umat sebelumnya iaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah, segala perbelanjaan, derita lapar selama berpuasa adalah syurga ganjarannya, diampunkan dosa- dosa pada malam Lailatul Qadar, Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku. Yang terakhir ialah mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Subhanallah, banyaknya kelebihan yang dikurniakan pada bulan mulia ini..Marilah kita sama-sama mengejar nikmat ini dan semoga akan ada perubahan pada diri kite selepas Ramadhan nanti dan itu termasuklah bertambahnya berat badan..hekhekhek..memang la kan bulan puasa bukan main lagi dapat jaga makan, malam je makan, takkan la malam- malam pun nak makan banyak jugak.. dah habis puasa memang makan tak dapat nak kawal la sebabnya rumah terbuka memang + kompem = SURE la open house banyak.. hehehe..jangan sampai baju xmuat sudaaaa~~~
Ok lah.. pape pun:
- Selamat menyambut Ramdhan Al- Mubarak
- Ape yang korang target untuk Ramadhan kali ne pastikan tercapai okeyh !!
No comments:
Post a Comment